Apa itu Organik?
Bahan utama ayam organik adalah bebas dari bahan kimia hasil dari penggunaan konsep ternakan organik yang selamat, suci dan menyakinkan.
Rahsia disebalik Ayam Fresh organic halal
-
Fresh bermaksud ayam yang segar dari segi permakanan,penjagaan serta dari segi penyembelihan. Ayam yang disembelih di ladang dan di hantar terus ke tempat permintaan. Ayam yang dah disembelih tidak akan di simpan lama dalam bentuk sejuk @ sejuk beku supaya kualiti kesegaran ayam itu tidak hilang dan tetap segar.
-
Ayam organic adalah ayam yang di ternak bebas daripada enzim babi @ makanan yang dilarang oleh agama Islam. Ayam yang di ternak secara organic adalah ayam yang di beri makan seperti, ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut. Tanpa penggunaan antibiotic, tidak menggunakan horman, beta agonist dan salbutamol. Faktor permakanan juga adalah penyumbang utama kepada daya tahan ayam daripada serangan penyakit. Bermakna ayam organik adalah ayam yang hanya makan makanan yang organic seperti spirulina dan tidak memakan dedak.
-
Halal adalah bermaksud, ayam yang di sembelih secara mengikut tuntutan syariah islam. Ayam yang hendak di sembelih mestilah ayam yang masih hidup dan sihat serta di perlakukan dengan baik sebelum disembelih. Membaca kalimah Allah (bismillah) sesaat sebelum menyembelih untuk setiap ekor haiwan @ ayam yang disembelih. Memotong dengan sempurna saluran pernafasan, saluran pencernaan dan pembuluh darah nadi dengan pisau yang tajam. Tidak boleh hanya dengan menusuk leher ayam, kerana dikhawatirkan tidak memotong saluran-saluran tersebut dengan sempurna. Meletakkan dan membiarkan ayam mati dengan sempurna dan darah keluar dengan tuntas sebelum di proses selanjutnya.
Tata cara penyembelihan ayam mengikut syariah Islam, khususnya untuk penyembelihan ayam secara banyak dalam satu masa.
Proses penyembelihan merupakan tahap yang sangat penting dalam kehalalan haiwan sembelihan. Oleh kerana itu tata cara penyembelihan tersebut harus dilakukan dengan benar dan baik. Beberapa tahap yang harus diperhatikan, khususnya dalam penyembelihan ayam secara banyak dalam satu masa adalah:
- Ayam haruslah masih hidup, sihat dan berada dalam keadaan baik sebelum disembelih.
- Ayam yang mati harus segera dipisahkan dan tidak disembelih.
- Membaca kalimat Allah (bismillah) sesaat sebelum menyembelih untuk setiap ekor haiwan yang disembelih.
- Memotong dengan sempurna saluran pernafasan, saluran pencernaan dan pembuluh darah nadi dengan pisau yang tajam. Untuk penyembelihan secara banyak dalam satu masa aspek ini harus diperhatikan dengan seksama, jangan sampai ada yang terlepas atau tidak terputus dengan sempurna.
- Tidak boleh hanya dengan menusuk leher ayam, kerana dikhuatirkan tidak memotong saluran-saluran tersebut dengan sempurna.
- Meletakkan dan membiarkan ayam mati dengan sempurna dan darah keluar dengan tuntas sebelum proses selanjutnya, seperti pencelupan ke dalam air panas, pencabutan bulu dan pembersihan,jangan sampai ayam tersebut dalam keadaan masih hidup.


