Mengenai - Radix Fried Chicken
-
Latar belakang Radix Fried Chicken
Radix Fried Chicken Sdn Bhd (RFC) memulakan operasinya pada 1hb Jun 2008 di Lagenda Heights, Sungai Petani. Pembukaan RFC ini adalah 100% milikan Bumiputera Islam. RFC merupakan salah sebuah syarikat subsidiari di bawah HPA Industries Sdn Bhd dan berkonsepkan restoran makanan segera berlandaskan Syari’ah Islam. Segala aspek keperluan dan kehendak Syari’ah dijamin kualitinya bermula dari bekalan bahan mentah seperti ayam yang diternak sendiri dan diawasi kualiti halal dan kebersihan. Manakala aspek pengurusan dan operasinya mengamalkan prinsip etika pekerja Islam seperti adab dan tatatertib muslimin dan muslimah serta amalan zikir dan sunat sebelum memulakan kerja seharian.
" PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA "
Pada masa kini pasaran dan permintaan adalah tinggi ke atas makanan segera. Ini boleh dilihat dengan kehadiran jumlah restoran ‘bak cendawan selepas hujan’ diseluruh negara. Didapati pasaran konsep makanan segera di negara ini dimonopoli oleh masyarakat bukan Islam dan hampir 90% jenamanya berasal daripada luar negara.
Atas kesedaran dan tanggungjawab betapa pentingnya pilihan makanan halal, RFC diwujudkan bagi memberi pilihan makanan halal kepada umat Islam, khasnya umat Islam di Malaysia. Bermula dengan restoran pertama di Sungai Petani, RFC berazam mendirikan 400 buah lagi restoran yang serupa di seluruh negara.
Disamping itu, sejajar dengan slogan kumpulan perniagaan HPA, “Produk Halal Tanggungjawab Bersama”™ kewujudan RFC adalah satu jihad perniagaan dalam menyediakan makanan dan produk halal kepada umat Islam.
-
Fokus Pelanggan
Kami memberikan penekanan kepada perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan. Dengan itu, kami memfokuskan keluarga sebagai satu kumpulan sasaran yang diberi keutamaan. Bagi menarik ramai golongan yang berkeluarga, “set hidangan keluarga” turut dijual dengan harga yang istimewa dan mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Selain itu, kemudahan taman permainan kanak-kanak (mini playground) di dalam restoran kami adalah bagi kesenangan para ibu bapa menjamu selera.
Jaminan Produk dan Servis
Insya-Allah RFC menjamin kesemua produk dan servisnya adalah berlandaskan prinsip dan tuntutan Syari’ah Islam. Kesemua proses dan penyediaan adalah dipantau oleh Panel Syari’ah HPA sendiri. Badan ini merupakan himpunan para pakar perunding yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang undang-undang dan Syari’ah Islam. Insy-Allah kesemua produk dan servis RFC adalah selamat dan suci mengikut landasan Syari’ah Islam.
-
- H - Hospitality service
- P - Product quality
- A - Accuracy service
- R - Room
- F - Fast service
- C - Cleanliness
Servis
Dari semasa ke semasa, RFC sentiasa mengambil langkah progresif bagi menjadikan RFC sebagai sebuah rangkaian restoran bertaraf global. Kami begitu komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab terhadap anda. Kami menghargai saranan dan cadangan anda bagi meningkatkan kualiti servis dan perkhidmatan kami di RFC. Setiap pelanggan yang bertandang ke RFC bukan saja disajikan dengan hidangan yang enak tetapi pengalaman yang indah turut disertakan melaui persekitaran restoran yang cantik dan selesa. Bagi merealisasikan hasrat kami untuk mencapai tahap kualiti servis terbaik satu standard pembangunan servis diwujudkan melaui kreteria HPARFC champion development yang dihuraikan oleh 6 prinsip utama iaitu:
Halatuju Operasi
Keberkesanan dalam mengurus sesebuah organisasi akan memberi impak positif kepada perniagaan. Di RFC kami sedaya upaya mencuba bagi mencapai matlamat ke arah menjadikan restoran milikan bumiputera yang bertaraf antarabangsa. Salah satu strategi adalah meningkatkan mutu pengurusan syarikat bagi mencapai Standard ISO 9001:2000 pada masa akan datang.


